Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Masak Kicap Berempah"


Tips

Tepung serbaguna bukan sahaja memekatkan kuah tapi juga memberi perisa kepada masakan.

Ingredients

Sotong Putih 500 g
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 cm
Cili Merah 1 biji
Kicap Pedas 1/2 cawan
Kicap Manis 1/2 cawan
Tepung Serbaguna Berempah 2 cmb
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Sotong dibersihkan & dipotong kecil. Bawang besar, bawang putih, halia & cili dihiris nipis.

2

Tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan sotong, goreng sebentar.

3

Masukkan kicap pedas, kicap manis, air & tepung.

4

Kacau rata hingga sotong masak.

5

Biarkan sebentar sebelum dihidang supaya sotong dapat meresap rasa & warna kicap.