Back to Recipe Print

Recipe for "Kuah Kacang Nenda"


Tips

Kuah kacang perlu sentiasa dikacau kerana mudah hangit di bawahnya.

Ingredients

Bawang Merah (Mayang) 3 biji
Kacang Tanah Goreng (Kisar Halus) 2 cawan
Gula Putih 4 sudu besar
Gula Merah 3 sudu besar
Garam 1 1/2 sudu teh
Serbuk Cili/ Cili Kisar 2 1/2 sudu besar
Asam Keping 2 keping
Santan Kara (Kotak) 1 kotak

Instructions

1

Sediakan bekas dan masukkan kacang tanah goreng yang sudah diblend kering, gula putih, gula merah. Kacau sehingga tidak berketul.

2

Sediakan periuk dan panaskan dengan sedikit minyak.

3

Tumis bawang merah sehingga naik bau dan masukkan serbuk cili dan kacau.

4

Masukkan bancuhan kacang awal yang telah disediakan dan asam keping. Kacau sehingga pecah minyak.

5

Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sehingga mendidih.

6

Kuah kelihatan pekat, masukkan garam secukup rasa.

7

Siap untuk dihidang!