Back to Recipe Print

Recipe for "Vadei"


Tips

Sukatan ini boleh menghasilkan 30 biji vadei saiz sederhana.

Ingredients

Kacang Dhal 250 g
Bawang Besar 1/2 biji
Cili Kering 2 tangkai
Daun Kari 1 tangkai
Jintan Manis 2 cmb
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Rendam kacang dhal 4 jam. Toskan.

2

Kisar kacang dhal tanpa air separuh halus.

3

Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air anggaran 1-2 cmb, jangan terlalu banyak kerana adunan akan lembik & tidak boleh dibentuk.

4

Bawang besar dipotong dadu. Cili kering & daun kari digunting halus. Jintan manis ditumbuk sedikit.

5

Gaul semua bahan, tambah garam secukup rasa.

6

Panaskan minyak. Jika hendak lebih wangi boleh masukkan daun kari ke dalam minyak.

7

Sapu sedikit minyak pada daun pisang.

8

Ambil sedikit adunan menggunakan tangan, leperkan atas daun pisang tadi & terus masuk ke dalam kuali.

9

Boleh diangkat apabila sudah garing. Sedap dimakan sambil gigit cili hijau.