Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Bujang"


Tips

1. Ikan bilis dibelah dan dibuang kepala, perut dan tulang agar lebih bersih dan tidak tercekik tulangnya.

2. Untuk menambah sayuran lain ke dalam nasi goreng ini pun boleh. Sayur yang dicadangkan adalah kacang panjang, lobak dan jagung.

Ingredients

Nasi
Beras 3 tin susu
Minyak 3 sudu
Air 4 tin susu
Bahan-Bahan Untuk Mengoreng Nasi
Ayam (Dipotong Kecil) 200 gram
Cili Besar 10 biji
Cili Padi 10 biji
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 4 ulas
Garam Secukup rasa
Ikan Bilis (Dibelah Dibuang Perut, Tulang Dan Kepala) Segengam
Bahan Untuk Hiasan
Daun Sup 3 batang

Instructions

Cara menanak beras

1

Basuh beras sebanyak 3 kali. Campur beras tadi dengan 4 tin air dan 3 sudu minyak.

2

Tanak nasi seperti biasa.

Cara mengoreng nasi

1

Blender cili besar, cili padi, bawang besar dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan ikan bilis pula tetapi diblender seketika sahaja. Ketepikan

2

Goreng ayam yang telah dipotong kecil sehingga garing. Angkat dan toskan.

3

Tumis bahan yang telah diblender tadi sehingga naik bau.

4

Setelah itu masukkan nasi dan ayam. Gaul sehingga sehingga nasi betul-betul garing dan naik bau.

Untuk hiasan

1

Tutup api dan gaul nasi tersebut dengan daun sup yang telah dihiris.

2

Sedia untuk dihidangkan.