Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Getas"


Tips

Api tidak boleh besar kerana kuih akan pecah semasa menggoreng.

Ingredients

Tepung Pulut 250 g
Tepung Gandum 50 g
Kelapa Parut Putih 1/2 biji
Air 1 cawan
Garam 1 cmt
Untuk Sira :
Gula Pasir 3/4 cawan
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut & garam. Gaul rata.

2

Masukkan air sedikit demi sedikit & uli hingga rata. Jangan terlalu lembik.

3

Bentukkan adunan mengikut saiz sebesar nugget.

4

Goreng dengan minyak banyak & api sederhana.

5

Angkat & toskan.

Untuk sira :

1

Masak gula & air dalam kuali hingga pekat. Larutan gula akan berbuih menandakan sudah cukup pekat.

2

Masukkan kuih ke dalam air gula & tutup api.

3

Terus menggaul kuih bersama air gula hingga sejuk & gula bertukar menjadi kering & putih.