Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Gadis Mulia"


Tips

Pastikan adunan kek menutupi jem dengan baik supaya jem tidak melimpah semasa memasak.

Ingredients

Untuk Adunan Kek
Tepung Gandum 60 gram
Serbuk Penaik 1/2 camca teh
Gula Halus 60 gram
Marjerin/mentega 60 gram
Telur 1 biji
Esen Vanila 1/2 camca teh
Untuk Pastri
Tepung Gandum 125 gram
Marjerin(Dibekukan) 45-60 gram
Garam Secubit
Air Sejuk 2 camca sederhana
Jem Rasberi 1 camca besar

Instructions

1

Aturkan tetingkat dan ketuhar dan panaskannya hingga 200 Celcius(400 Fahrenheit) atau gas regula 5-6.

2

Griskan petitin dengan sedikit marjerin cair.

3

Potongkan marjerin yang beku kepada ketul-ketul kecil. Gaul dan ramas lemak ke dalam tepung dengan hujung jari. Masukkan air dan adunkan menjadi doh.

4

Canai pastri di atas papan canai yang ditaburkan dengan sedikit tepung. Canai hingga 2mm atau 1/8 inci tebal. Terap pastri dengan penerap yang besar.

5

Alaskan petitin dengan pastri yang telah diterap dan dibiarkan sekejap. Cucuk bahagian bawah kulit pastri dengan garfu.

6

Isikan setiap pastri dengan 1 camca teh jem. Putar marjerin bersama gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit.

7

Masukkan esen vanila dan putar baik-baik. Kaup dan balikkan tepung ke dalam adunan perlahan-lahan.

8

Bubuh 1 camca sederhana adunan ke atas jem yang ada di dalam kulit pastri. Hiaskan kek dengan keratan-keratan daripada pastri yang lebih tadi.

9

Aturkan keratan secara bersilang. Bakar selama 20-25 minit atau hingga kuning emas. Sejukkan di atas redai kek. Sedia dihidang.