Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Goreng Kicap"


Tips

Sedap dimakan dengan air asam. Untuk resepi air asam sila rujuk di kitchen saya.

Ingredients

Daging Batang Pinang Dihiris Nipis 1 mangkuk
Cili Merah 2 batang
Bawang Holland 1 labu
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Merah 2 ulas
Cili Padi 3 tangkai
Sos Tiram 1 sudu besar
Gula 1 sudu kecil
Kicap 3 sudu besar
Perasa Pasti Sedap 2 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Minyak 1 sudu kecil

Instructions

1

Tumbuk bawang putih dan bawang merah hancur. Hiris nipis bawang holland dan cili merah serta cili padi.

2

Perapkan daging bersama serbuk kunyit dan perasa pasti sedap. Rebus dengan sedikit air hingga empuk. Angkat dan Tapiskan airnya.

3

Tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk hancur hingga keemasan. Masukkan sos tiram dan kicap serta gula. Masukkan cili padi dan kacau sebati.

4

Masukkan daging yang direbus tadi bersama bawang holland dan cili merah. Kacau hingga sebati dan biarkan kering seketika. Angkat dan sedia dihidang.