Back to Recipe Print

Recipe for "Laicikang"


Tips

Letakkan sedikit madu untuk lebih lazat.

Ingredients

Biji Teratai 1 sudu besar
Longan Kering 1 sudu besar
Kurma Merah Kering 1 sudu besar
Kembang Semangkuk 1 sudu besar
Biji Selasih 1 sudu kecil
Beras Barli 1 sudu besar
Cendawan Kuning Kering 1 sudu besar
Cincau 1/2 cawan
Cendol 1/2 cawan
Tembikai 1/2 cawan
Laici 1/2 cawan
Nata De Coco 1/2 cawan

Instructions

1

Biji teratai perlu direndam terlebih dahulu dalam setengah jam atau lebih.

2

Longan kering perlu direndamkan sekejap bagi membuang sebarang bendasing yang mungkin melekat.

3

Kurma merah kering ni hanya perlu dimasukkan ke dalam air rebusan.

4

Buah kembang semangkuk perlu direbus berasingkan. Nanti buang sahaja bijinya setelah isi menjadi kembang.

5

Biji selasih yang telah kembang setelah direndam dengan air panas

6

Beras barli sebelum direbus bersama bahan-bahan lain. Basuh dulu sebelum direbus dan rendam sekejap.

7

Cendawan kuning kering setelah direndam di dalam air biasa selama 1/2 – sejam.

8

Potong dadu cincau. Campurkan kesemua bahan tadi bersama laici, tembikai, cendol dan nata de coco. Masukkan ais dan sedia dihidang.