Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Agar-Agar Marble"


Tips

gula boleh dikurang mengikut kehendak sendiri kerana sudah ada susu.

boleh letak dua warna yang berbeza mengikut kegemaran sendiri.

Ingredients

Penyediaan Agar-Agar (Bahan A)
Agar-Agar 15 gram
Air 3 cawan
Gula 1 cawan
Butter 2 sudu kecil
Bahan B
Roti Putih 4 keping
Susu Pekat 1/2 tin
Susu Cair 1/2 cawan
Air Masak 1/2 cawan
Esen Vanila 1 sudu kecil
Telur 2 biji

Instructions

1

Agar-agar direbus bersama 3 cawan air sehingga agar-agar tersebut hancur.

2

Selepas agar-agar itu hancur dan mendidih, letak gula dan tunggu sehingga larut.

3

Kemudian, letakkan butter supaya agar-agar tersebut kelihatan berkilat.

4

Blender bahan B, campurkan dalam bahan A tadi dan dimasak selama 3 minit.

5

Setelah itu, campuran tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian.

6

1 bahagian diletakkan serbuk koko (coklat), 1 bahagian dikekalkan warna asal campuran, 1 bahagian pula diletakkan sedikit warna merah.

7

Tuangkan campuran di dalam bekas lain senduk demi senduk dengan warna yang berselang seli.