Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Cili Padi"


Tips

biarkan ayam separuh masak , baru masukkn kentang , bagi mengelakkan kentang terlebih masak/lembik

Ingredients

Ayam Drumstik (Size Sederhana) 3 (potong dua)
Kentang (Size Sederhana) 2 biji (potong dadu)
Gula Pasir 1/2 sdb
Air 1/2 cawan
*kisar (Blander Kering)
Cili Padi (Ikut Citarasa Pedas) 12 biji
Ikan Bilis / Udang Kering 1/2 genggam
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inci

Instructions

1

Ayam di basuh bersih , di lumur serbuk kunyit dan garam , masakkan ayam bersama sedikit minyak sampai ayam separuh masak.

2

Masukkan kentang bersama dengan ayam tadi, gaul rata . tutup periuk biarkan seketika selama 1 minit . (jgn smpi kentang lembik)

3

Selepas itu , masukkan bahan yang di *kisar bersama sedikit air dan gula. biarkan reneh seketika sampai kentang dan ayam masak sempurna . dan siap !