Back to Recipe Print

Recipe for "Grilled Pan Burger-Burger Bakar"


Tips

Untuk cheese cair-letak kepingan cheddar cheese semasa daging patties dah masak.

Ingredients

*daging Kisar 400 gram
*bawang Besar (Didadu Halus) 1 biji
*bawang Putih (Didadu Halus) 2 ulas
*serbuk Lada Hitam (Ditumbuk Halus) 1-2 sudu besar
*garam 1 sudu kecil
*telur 1 biji
Roti Burger 5
Daun Salad (Jika Ada) Sedikit
Cheddar Cheese (Jika Ada) 5 keping
Tomato, Bawang Besar, Timun (Jika Ada) Sedikit
Apa-Apa Sos Sedikit

Instructions

1

Patties: Campur semua bahan-bahan bertanda * dan perap sehingga 30 minit. Bahagi 5 bahagian dan bentukkan patties.

2

Roti burger bolehlah dipotong dua (kalau nak lagi sedap boleh letak margerin/butter then panaskan atas pan sekejab) .

3

Masak patties yang dah dibentuk atas pan (tak perlu letak minyak). Masak sehingga keliling tidak berwarna merah.

4

Bila patties hampir masak bolehlah diletakkan cheddar cheese (jika ada)

5

Susun patties, roti, sos dan sayuran kegemaran. Siap!!