Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam"


Tips

Air rebusan Ayam jangan dibuang, boleh di pakai utk masak Nasi , sambal Nasi Ayam, sup kosong.

masukkan daun pandan ketika memasak nasi utk wangi.

Ingredients

Resepi Ayam
Ayam *bahagian Leg Quarter 2 (potong 3)
Madu 3 sdb
Sis Tiram 2 sdb
Kicap Pekat 1 sdb
Minyak Bijan 1 sdb
Lada Sulah 1 sdk
Sos Sambal Merah Kisar Bertanda *
Cili Merah * 6 biji
Bawang Putih* 2 ulas
Halia* 1 inci
Air Rebusan Ayam 150ml (ikut kepekatan)
Gula Pasir 2sdb
Garam 1 sdk
Limau Nipis 1/2 biji (ambil air perahan)
Sos Kicap
Sos Kicap Cair 1/2 cawan
Sos Pekat 1 sdb
Bawang Putih (Ditumbuk) 3 ulas
Nasi
Beras (Direndam 15Mnt Bersama 1 Sdk Serbuk Kunyit) 2 pot/cawan
Air Rebusan. Ayam 3 cawan
Lemak Ayam 2 sdb
Kiub Ayam 1/2 kiub
Bawang Putih (Ditumbuk) 2 ulas
Halia (Ditumbuk) 2 ulas
Garam 1 sdk
Sup Kosong
Potongan Ayam Rebus 2sdb
Kiub Ayam 1/2 kiub
Bawang Merah /kecik (Di Tumbuk) 2 biji
Bawang Putih (Di Tumbuk) 2 ulas
Halia (Di Tumbuk) 1 inci
Garam 1/2 sdk

Instructions

1

Bahan2 utk perapan Ayam di gaul sebati. Ayam yang di basuh/di potong, rebus dengan air mendidih. Selesai merebus, airnya jangan di buang .

2

Ayam yg dh di rebus digaul mesra dengan bahan perapan. Perap seketika.

3

Resepi sos sambal , masak bahan Kisar tanpa minyak .mnggunakan api perlahan, masukkan sedikit2 air rebusan Ayam, (bergantung kpd kepekatan).

4

Perasakan sos sambal dgn garam gula , perahan limau secukup rasa, renehkan seketika. Sampai sos sdikit pekat dan bahan mesra.

5

Utk sos kicap, masukkan kicap cair, kicap pekat dan bawang putih yg di tumbuk. Renehkan seketika bersama air rebusan. Ayam (bergantung kpd kepekatan).

6

Panaskan Lemak Ayam, dlm periuk Nasi sampai mnjdi minyak, lebihan lemak di buang. Masukkan 1/2 kiub Ayam,bwg putih,halia yg ditumbuk .kacau sebati.

7

Masukkan beras yg direndam kunyit ,air rendaman di tos ye. Selepas itu, masukkan. Air rebusan Ayam kedalam beras tadi .kacau rata bersama garam.

8

Utk sup kosong, tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, masukkan lebihan air rebusan Ayam ,kiub Ayam, garam ,potongan ayam. Renehkan seketika siap!