Back to Recipe Print

Recipe for "Agar-Agar Santan Gula Melaka"


Tips

lebih sedap menggunakan santan asli dari santan kotak

menggunakan cawan yang sama bagi sukatan cawan yang di gunakan.

campuran santan dan agar-agar digaul tanpa henti sehingga adunan sebati dan mendidih ,bagi mengelakkan santan berketul.

Ingredients

Agar-Agar Tali 1 bungkus
Gula Merah 1 cawan
Gula Pasir 1/2 cawan
Santan 200 ml
Garam Secubit
Telur Sebiji
Air 1400 ml

Instructions

1

Didihkan 1400 ml air , masukkan gula merah dan gula di masak sampai gula larut , di kacau sentiasa mengelakkan rasa hangus,

2

Pastikan gula habis larut sepenuhnya , baru masukkan agar-agar, kacau rata sehinga agar-agar cair dan sebati dengan campuran gula tersebut.

3

Di bekas lain , masukkan sebiji telur dan pukul sebati bersama santan , selepas itu masukkan garam . gaul rata.

4

Adunan agar-agar sudah larut , jadi masukkan campuran santan tadi. jangan berhenti menggaul sehingga adunan sebati dan mendidih. tutup api.

5

Adunan agar-agar tadi dituangkan kedalam loyang , atau acuan yang di inginkan simpan di dalam peti sejuk sehingga keras , baru potong/hidang . siap!