Back to Recipe Print

Recipe for "Cadbury Cheese Big Tart"


Tips

Jangan terlalu tebal semasa membuat kulit tart barulah rangup kulit tersebut

Ingredients

Tepung Gandum 250gram
Gula Halus 50gram
Tepung Jagung 1 sudu teh
Garam 1 sudu teh
Butter Sejuk (Unsalted) 125gram
Telur Gred A 1 biji
Essen Vanilla 1 penutup
Krim Keju 250gram
Gula Halus 50gram
Telur Gred A 1 biji
Cadbury Chocolate 1 Bar 160gram
Almond Flakes 10gram
Susu Segar @ Whipping Cream 10ml

Instructions

1

Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan garam dan gula, gaul sebati.

2

Potong kiub unsalted butter yg sejuk kemudian masukkan ke dalam adunan tepung. Ramas adunan tersebut sehingga tekstur seakan serbuk roti.

3

Masukkan sebiji telur gred A yang telah di kacau dan esen vanilla. Sebatikan adunan tepung dan uli menjadi bentuk bulat.

4

Balut adunan tepung dengan plastik dan masukkan ke dalam chiller semalaman.

5

Setelah adunan rehat semalaman, tekankan adunan kedalam acuan. Ketebalan kulit bergantung kepada citarasa. Lebih sedap sekiranya kulit tart nipis.

6

Bakar pada suhu 180°c selama 20minit sehingga kulit separa masak. Keluarkan kulit tart yang telah siap dibakar dan biar sejuk pada suhu bilik.

7

Pukul krim keju bersama gula sehingga kembang kemudian masukkan telur.

8

Jika hendak gunakan blender dan tambahkan susu segar 10ml supaya mudah untuk blend krim keju tersebut hingga kembang dan barulah masukkan telur.

9

Masukkan adunan krim keju ke dalam kulit tart dan bakar padan suhu 180°c selama 20 minit sehingga kulit pastry berwarna coklat keperangan.

10

Setelah masak, sejukkan tart pada suhu bilik. Cairkan coklat bersama susu segar @ whipping cream secara double boil.

11

Tuang kan adunan coklat ke atas tart dan taburkan almond flakes. Simpan tart ke dalam chiller selama 10 minit untuk menyejukkan coklat.

12

Keluarkan tart dan sedia untuk di makan.