Back to Recipe Print

Recipe for "Soto Ayam Bebola Daging"


Tips

1. Boleh tambah sayur taugeh dan sawi mengikut kesesuaian masing-masing. Masa buat ni sayur taugeh tak ada jadi saya gantikan dengan lobak merah yang disagat nipis.

2. Lebih mudah rebus ketupat nasi dalam periuk nasi.

3. Bebola daging akan terapung sekiranya sudah masak.

Ingredients

Ketupat Nasi Segera 2 ketul besar
Rempah Sup 1 sudu besar
Bawang Besar Sebiji
Bawang Putih 3 ulas
Ayam 3 ketul (bahagian isi)
Halia Lebih kurang 1cm
Empat Sekawan (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Cengkih Dan Kayu Manis) Satu/dua
Bebola Daging 8 - 10 biji
Lobak Merah Sebiji
Kacang 100 gram
Suun 100 gram
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Rebus ketupat nasi segera lebih kurang 30 minit.

2

Sediakan bahan-bahan untuk memasak sup. Bawang merah ditumbuk dan dicampur dengan rempah sup.

3

Halia dan bawang putih dihiris-hiris

4

Panaskan minyak dan tumis dahulu empat sekawan, kemudian setelah keluar bau, masukkan bawang merah yang telah dicampur dengan rempah sup.

5

Masak sehingga garing. Setelah garing, masukkan sedikit air untuk mengembangkan rempah tadi dan masukkan ayam.

6

Setelah mengaul ayam sebati, masukkan air mengikut yang dikehendaki. Setelah menggelegak masukkan bebola daging. Letak garam secukupnya

7

Tunggu sehingga masak dan keluarkan isi ayam. Isi ayam yang dikeluarkan disiat-siat dan diletakkan di dalam mangkuk yang bersih.

8

Goreng suun dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.

9

Kacang juga hendaklah digoreng sehingga masak.

10

Lobak merah disagat halus menggantikan taugeh dan letak di dalam mangkuk yang bersih.

11

Hidangkan semuanya di dalam satu mangkuk dan sedia dimakan.