Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tumis Cili Kering"


Tips

Masukkan ikan bilis goreng lebih kurang seminit sebelum api dimatikan bagi mengekalkan kerangupan ikan bilis goreng.

Ingredients

Bahan Kisar
Cili Kering Segenggam
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 4 biji
Ikan Bilis 1 sudu besar
Air Secukupnya untuk mengisar
Bahan Lain
Ikan Bilis Utk Digoreng (Saiz Kecil) 3 sudu besar
Minyak Masak 5 sudu besar
Bawang Besar (Dihiris Kasar) 1 biji
Air Asam Jawa Secukup rasa
Gula 2 sudu besar (optional)
Garam 1 sudu kecil
Ajinomoto (Optional) 1/2 sudu kecil
Air 1 cawan

Instructions

1

Rebus cili kering.

2

Sementara merebus cili kering, goreng ikan bilis untuk digoreng dan kemudian asingkan.

3

Setelah cili kering tadi agak lembut, matikan api, basuh cili dengan air sejuk sehingga bersih lalu dimasukkan ke dalam jug pengisar.

4

Masukkan bahan2 kisar yang lain. Kisar sehingga halus.

5

Panaskan minyak di kuali.

6

Tumiskan bawang besar yang telah dihiris kasar tadi sehingga naik bau.

7

Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sekali garam dan ajinomoto. Masak sehingga pecah minyak. Kacau dgn agak kerap.

8

Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa mengikut selera anda. Biasanya letak 1 atau 2 sudu dahulu. Masak sehingga mendidih.

9

Masukkan gula. Kacau sebati. Kemudian masukkan air supaya sambal tidak terlalu pekat. Masak sehingga mendidih.

10

Uji rasa sambal supaya dapat ditambah gula, garam atau air asam yang kurang. Jangan terlalu masin kerana ikan bilis goreng belum dimasukkan.

11

Setelah semua rasa memuaskan, masukkan ikan bilis goreng, kacau sebati selama 1 minit. Kemudian padamkan api dan sambal boleh dihidangkan.