Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Crunchy"


Tips

1. Selepas masukkan tepung, kacau menggunakan sudu kayu sahaja kerana adunan suudah menjadi liat.
2. Tempoh membakar biskut adalah bergantung kepada saiz biskut tersebut. Anggaran kasar adalah selama 20 minit.
3. Pastikan biskut di simpan di dalam bekas kedap udara.

Ingredients

Mentega 250 gram
Telur 1 biji
Gula Kastor 1/2 cawan
Gula Perang 1/2 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Serbuk Koko 1 1/2 sudu besar
Self Raising Flour 3 1/2 cawan
Cip Coklat 1 cawan
Badam 1 cawan
Nestum 1 cawan

Instructions

1

Masukkan mentega dan telur ke dalam mixer. Pukul mentega dan telur sehingga kembang.

2

Masukkan esen vanilla, serbuk koko, gula kastor dan gula perang. Pukul lagi sehingga sebati.

3

Masukkan self raising floor. Kacau semua bahan sehingga sebati menggunakan sudu kayu.

4

Masukkan cip coklat, nestum dan badam. Gaulkan sehingga sebati.

5

Panaskan oven pada suhu 170'c.

6

Bentukkan adunan mengikut bentuk yang dikehendaki.

7

Masukkan adunan yang telah dibentuk ke dalam oven dan bakar biskut sehingga keperangan.

8

Biarkan biskut pada suhu bilik untuk seketika dan biskut sedia untuk dihidang.