Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Merah"


Tips

Tumiskan tomato bersama bawang hiris

Ingredients

Ayam 5-6 ketul
Kunyit Secukupnya
Garam Secukupnya
Ketumbar Dan Jintan Dua sudu besar
Cili Giling 2 1/2 senduk
Bawang Holland (Hiris) 1 biji
Bawang Merah * 3 biji
Bawang Putih * 2 biji
Halia * 1/2 inci
Cili Sos 2 sudu
Sos Tiram 2 sudu
Kicap Manis 3 sudu
Tomato 1 biji
Asam Jawa Secukupnya

Instructions

1

Campurkan serbuk kunyit, ketumbar dan jintan & garam bersama ayam yang telah dipotong kecil.

2

Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan.

3

Blender bahan bertanda *. Tumis bawang holland dan tomato sehingga layu, selepas itu, masukkan bahan blender.

4

Selepas bahan2 telah sebati, masukkan cili giling. Masak sehingga pecah minyak.

5

Masukkan, cili sos, sos tiram, dan kicap manis

6

Apabila semua bahan telah sebati tambahkan sedikit garam dan gula secukupnya dan masukkan air asam jawa.

7

Apabila kuah telah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan Siappp