Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Goreng Simple"


Tips

makan dengan ayam goreng,nugget,sosej pon sodap!!!!

Ingredients

1 Peket Spaghetti
1 Peket Ayam/daging Hancur
1 Pek/tin Tomato Puri
1 Biji Cili Banggala-Potong Dadu
5 Ulas Bawang Putih-Hiris Nipis
1 Tin Cendawan Butang-Belah 4(Xletak Pon Boleh)
Garam,serbuk Perasa,blackpepper
Minyak Untuk Menumis

Instructions

1

Rebus spaghetti sampai lembut(bubuh minyak skit untuk bagi berkilat).Kemudian toskan spaghetti,then siram dengan air(untuk elakkan spaghetti daripada melekat).

2

Panaskan kuali dan masukkan minyak.Kemudian masukkan bawang putih dan cili banggala.Tumis sehingga nampak kekuningan.Masukkan ayam/daging kisar.Tumis sehingga ayam/daging masak.Diikuti cendawan butang.Masukkan sedikit blackpepper,lebih pon takpe(bergantung tahap mana anda nak) diikuti garam dan serbuk perasa.Tumis kesemuanya.(api kena kecik)

3

Selepas itu,masukkan tomato puri kedalam bahan tumisan tadi.Biarkan seketika sehingga mendidih.Masukkan spaghetti yang telah ditoskan tadi.Gaul kesemuanya bagi rata.Bubuh blackpepper sedikit lagi.Dan matikan api.Spaghetti Goreng siap untuk dimakan.Yummmyyyyy!!!!