Back to Recipe Print

Recipe for "Grilled Potato Wedges"


Tips

Saya gunakan kentang holland kerana ia tidak mudah pecah. Jenis kentang lain yang sesuai ialah russets & red potatoes. Kentang tidak perlu dibuang kulit. Boleh juga gunakan herba atau bahan perisa lain. Ref *sb- sudu besar ; *sk- sudu kecil

Ingredients

Kentang Holland 3-4 biji sederhana besar
Minyak Zaitun 3 sb
Bawang Putih 2 ulas dicincang halus
Mixed Herbs 1 sk
Serbuk Lada Hitam 1 sk
Lada Sulah Sedikit
Paprika 1/2 sk
Garam 1/2 sk
Air Untuk merebus

Instructions

1

Cuci kentang dibawah air paip sehingga bersih. Potong baji ketebalan 1 inch. Rebus selama 10 minit dengan api sederhana.

2

Angkat dan toskan. Biarkan kentang sejuk. Keringkan menggunakan paper towel.

3

Panaskan oven pada suhu 180-190°C.

4

Satukan bahan bertanda (*) dan gaulkan bersama kentang sehingga sempurna.

5

Susunkan kentang di atas dulang pembakar dan bakar selama 30-35 minit.

6

Boleh diangkat apabila warna kentang sudah bertukar kuning keemasan & garing.

7

Hidangkan bersama bersama sos atau dressing kegemaran anda.