Back to Recipe Print

Recipe for "Gluten Free Pancakes"


Tips

Saya gunakan rolled oat/old fashion oat yang belum diproses. Kisar sehingga halus untuk jadikan tepung oat. Gunakan pisang cavendish/montel kerana lebih sesuai. Resepi ini tidak menggunakan gula. Anda boleh tambahkan brown sugar sekiranya mahu.

Ingredients

Tepung Oat 9 sudu besar
Pisang Cavendish 2 biji besar yang ranum
Telur 1 biji gred a
Vanilla Essence 1 sudu kecil
Garam Secubit
Baking Powder 1 susu kecil

Instructions

1

Lenyekkan pisang sehingga hancur.

2

Masukkan telur, tepung oat, garam, baking powder & vanilla essence. Gaul sehingga sebati.

3

Sapukan pan dengan sedikit mentega. Panaskan kuali. Tuangkan 1 senduk adunan.

4

Apabila permukaan sudah kering/berbuih boleh terbalikkan sehingga kuning keemasan.

5

Boleh dihidang bersama sos maple atau madu.