Back to Recipe Print

Recipe for "Baked Potato Wedges"


Tips

1. Cucuk kentang dgn garfu, jika garfu menembusi kentang bermakna kentang sudah masak.
2. Boleh juga kupas kulit kentang kerana kulitnya sedikit liat bila sudah masak.

Ingredients

Kentang Saiz Besar 4 biji
Serbuk Cili 1/2 sudu besar
Kiub Pati Ayam Knorr 1/2 kiub
Garam 1 sudu kecil
Lada Hitam Kasar 1/2 sudu kecil
Dried Basil 3 cubit
Olive Oil Secukupnya

Instructions

1

Panaskan oven suhu 250°C.

2

Basuh bersih kentang & belah kentang bentuk wedges. Pedapkan dengan kitchen towel supaya kentang kering.

3

Satukan semua bahan kecuali kentang & kacau rata. Masukkan dlm bekas berpenutup.

4

Masukkan kentang dalam bekas & tutup penutup. Goncangkan bekas hingga kentang digaul sekata.

5

Renjiskan minyak zaitun pada dulang pembakar. Susunkan potongan kentang memenuhi dulang. Renjiskan lagi minyak zaitun diatas susunan kentang.

6

Masukkan dalam oven & bakar selama 30 minit. Kacau/balikkan kentang & bakar lagi selama 20 minit atau hingga garing.

7

Hidangkan panas2 bersama mayonis.