Back to Recipe Print

Recipe for "Bingka Pandan"


Tips

Biarkan kuih suam baru dipotong untuk mendapat potongan yg cantik. Ini kerana kuih lembik ketika masih panas. Gunakan pisau plastik untuk memotong.

Ingredients

Tepung Gandum 1 1/2 cawan
Gula Pasir 1 1/2 cawan
Air Pandan (Kisar 7 Helai Daun Pandan) 1 cawan
Santan Pekat 1 cawan
Air 1 cawan
Garam 2 cubit
Telur 3 biji
Bijan Secukupnya
Minyak Masak 2 sb

Instructions

1

Panaskan ketuhar suhu 200°C.

2

Potong daun pandan & kisar dengan 1 cawan air. Tapiskan & sukat air pandan menjadi 1 cawan.

3

Masukkan telur & gula dalam blender & kisar hingga sebati. Masukkan santan, air pandan & garam, kisar lagi.

4

Masukkan tepung sedikit demi sedikit & blender hingga sebati.

5

Tuangkan dalam loyang (saiz 8x8) yg telah disapu dengan minyak.

6

Taburkan dengan bijan secukupnya. Masukkan dalam ketuhar & bakar selama 30 minit mengunakan api bawah & 20 minit menggunakan api atas supaya garing.

7

Sedia dihidang.