Untuk Crust | |
Tepung Gandum | 300 gram |
Marjerin | 150 gram |
Telur | 1 biji (size l / size a) |
Gula | 3 camca besar |
Garam | 1 camca teh |
Untuk Filling | |
Telur | 2 biji (size m/size b) |
Gula | 4 camca besar |
Esen Vanilla | 1 camca teh |
Air Suam | 2 cawan |
Susu Pekat Manis | 5 camca besar |
Adun semua bahan - bahan untuk crust hingga menjadi doh
Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
Setelah cukup 30 minit,canai doh dan potong atau cetak mengikut kehendak anda
Terapkan di muffin pan (sekiranya takde acuan tart yang metal tu)
Bakar dalam ketuhar selama 10 minit atau 15 minit atau sehingga kekuningan sedikit pada suhu 160 degree celcius
Bancuh kesemua bahan - bahan untuk filling dan tuang ke dalam crust tadi
Bakar semula tart tadi sehingga filling nya betul - betul masak. (dalam anggaran 10 minit)