Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Buah Beko"


Tips

Goreng kelapa lebih awal untuk menjimatkan masa penyediaan. Kelapa goreng boleh disimpan didalam peti sejuk dan tahan sehingga 3 bulan.

Begitu juga dengan ikan rebus. Rebus ikan bersama garam dan asam keping lebih awal.

Ingredients

Buah Beko 1 batang
Ikan Rebus 1 ekor
Kerisik (Kelapa Goreng Yang Ditumbuk) 1 cawan
Bawang Merah 6 ulas
Bawang Besar 1 biji
Serbuk Kasar Lada Hitam 1 sudu
Garam, Gula, Cili Padi Secukup rasa
Santan 5 sudu (jika perlu)

Instructions

1

Bakar buah beko diatas dapur. Pastikan kedua2 belah dibakar.

2

Selepas dibakar, kikis untuk membuang kulit.

3

Selepas dikikis, hiris buah beko tadi.

4

Tumbuk kelapa goreng. Asingkan.

5

Tumbuk bawang merah, kemudian masukkan ikan rebus. Tumbuk lagi.

6

Masukkan cili, lada hitam, hirisan beko dan kerisik.

7

Masukan gula dan garam secukup rasa.

8

Masukkan santan. Jika ingin tahan sehingga petang, jangan masukkan santan terlebih dahulu.