Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Segera Pataya Kuah Lakna"


Tips

1. Bagi yang ingin menggantikan mee segera dengan mee kuning, sphageti, bihun atau kueh teow pun boleh.

2. Jika ingin meletakkan isi ayam dan udang pun boleh.

3. Tepung jagung hendaklah dikacau dengan sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam kuah bagi mengelakkan ia berketul.

4. Fungsi tepung jagung diletakkan bagi memekatkan kuah.

6. Tips bagi menjadikan kuah anda nampak licin: semasa menuang tepung jagung ke dalam kuah, anda hendaklah mengacau kuah tersebut.

Ingredients

Mee Segera 1 bungkus
Bawang Putih 1 labu
Bawang Merah 2 biji
Cili Siam 2 biji
Kubis Satu gengam
Telur 1 biji
Cukup Rasa 1 sudu
Kiub Pati Ayam Separuh
Minyak Secukupnya
Tepung Jagung 2 sudu

Instructions

Cara mengoreng mee segera

1

Rebus mee segera dalam air panas. Setelah lembut angkat dan toskan.

2

Cincang bawang putih. Tumis dengan minyak.

3

Kemudian masukkan mee segera dan goreng sehingga kekuningan. Taburkan sedikit garam.

Cara membuat kuah lakna

1

Tumis bawang putih yang dicincang, bawang merah yang dihiris dan cili sehingga garing.

2

Masukkan air. Apabila sudah mendidih masukkan kiub pati ayam.

3

Masukkan kubis. Setelah agak layu masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga kuah menjadi likat.

Cara membungkus mee segera dengan telur

1

Telur digoreng dadar. Telur hendaklah diletakkan garam dan secukup rasa. Jangan balikkan.

2

Setelah bahagian tengah telur agak kering, masukkan mee segera dan bungkus

Cara menghidang

1

Mee segara yang telah dibungkus diletakkan di dalam pinggan. Curah kuah lakna diatasnya.