Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masam Manis"


Tips

-Boleh gantikan ayam dengan ikan, udang atau apa sahaja lauk kegemaran.

-Untuk pastikan peha ayam goreng masak keseluruhannya, kelar-kelar isi peha ayam supaya apabila digoreng, ianya masak sekata, tidak berdarah, Insyallah.

Ingredients

Ayam 6 ketul
Garam Secukup rasa
Blackpepper Secukup rasa
Serbuk Perasa Secukup rasa
Tepung Jagung 3 sudu
Bawang Merah Kecil 2-3 biji
Bawang Putih 2 ulas
Halia Muda 1 inch
Cili Api 1-2 biji
Minyak 2 cawan
Serbuk Cili 2-3 sudu
Sos Tomato 3 sudu
Sos Tiram 3 sudu
Sos Cili 3 sudu
Cuka Makan 1 sudu
Gula Secukup rasa
Thai Chillie Paste 1 sudu
Timun Jepun 1 batang (pendek)
Lobak 1/2 batang
Daun Sup 2 tangkai
Air 2 cawan

Instructions

Cara menggoreng ayam.

1

Bersihkan ayam (seeloknya ambil bahagian peha, thigh atau kepak) dan perapkan dengan garam, blackpepper, serbuk perasa dan tepung jagung.

2

Panaskan minyak, goreng ayam diperap tadi hingga garing.

Cara Membuat sos Masam Manis.

1

Cincang halus bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. Ambil 3-4 sudu minyak goreng ayam tadi dan masukkan dalam kuali lain.

2

Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan kacau. Bila dah garing, masukkan air.

3

Masukkan semua sos, cuka makan dan thai chillie paste. Kacau dan rasa, kuantiti sos boleh disesuaikan ikut citarasa.

4

Potong timun jepun dan lobak ikut citarasa. Masukkan lobak dalam kuali.

5

Biar hingga kuah agak pekat. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan timun jepun, kacau seketika dan tutup api.

6

Tuang kuah Masam Manis atas ayam goreng tadi dan tabur hirisan daun sup. Siap!