Back to Recipe Print

Recipe for "Butterscotch Cheesecake"


Tips

-Untuk memudahkan cara nak keluarkan cheesecake dari loyang springform, celup tuala kecil dalam air panas, perah hingga kering dan lap kain yang panas tu keliling loyang. Baru dikeluarkan dari loyang.

-Untuk mendapat potongan cheesecake yang cantik, tuang air panas dalam gelas tinggi, celup pisau dalam air panas dan lap dan terus potong cheesecake. Insyallah, cantik kejadian dia nanti.

Ingredients

Untuk Based Cheesecake :
Biskut Merie 180 gm
Butter Cair 90 gm
Untuk Butterscotch Sauce :
Gula Perang 1 cawan
Gula Pasir 1/2 cawan
Air 6 sudu
Whip Cream 3 cawan
Butter 40 gm
Susu Segar/ Susu Cair 1 cawan
Untuk Butterscotch Cheesecake :
Gelatine Halal 1 sudu
Air Panas 100 ml
Whip Cream 120 ml
Butterscotch Sauce 1 bahagian
Cream Cheese Tatura 250 gm
Jus Lemon/limau 1 sudu
Gula Halus 80 - 100 gm
Untuk Topping :
Buttercotch Sauce 1 bahagian
Crunchy Taste (Almond/chocolate Chip/butterscotch Chip/pecan/bepang Dipatah-Patahkan) Ikut citarasa

Instructions

Cara buat based cheesecake :

1

Blend kering semua biskut merie. Gaul rata dengan butter cair sampai jadi tekstur macam pasir basah.

2

Ratakan dalam loyang springform dan padat-padatkan. Balut loyang dengan plastic wrap, letak dalam peti sejuk beku.

Cara membuat Butterscotch Sauce :

1

Masukkan gula pasir dan air dalam periuk kecil, buka api sederhana dan biar sehingga perang.

2

(jangan dikacau menggunakan senduk. hanya lenggangkan periuk untuk ratakan gula, JANGAN SAMPAI HANGUS!)

3

Bila sudah perang, masukkan susu segar dan kacau hingga gula larut. Masukkan gula perang dan whip cream. Kacau selalu hingga mendidih.

4

Bila sudah mendidih, tutup api dan terus masukkan butter. Kacau hingga suam. Sejukkan dan bahagi kepada 2 bahagian.

Cara membuat Butterscotch Cheesecake :

1

Ratakan gelatine ke dalam air panas. Biar 10 minit, jika gelatine belum larut, boleh dipanaskan dalam microwave atau kaedah double boiler.

2

Putar whip cream hingga kental. Masukkan 1 bahagian butterscotch sauce dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

3

Sejukkan dalam peti hingga mahu digunakan. Sementara itu, putar cream cheese dan gula hingga sebati dan tidak berketul.

4

Masukkan adunan whip cream dan gelatine larut dalam adunan cream cheese, kaup balik sehingga rata. Tuang dalam loyang yang ada based disejukkan tadi.

5

Ratakan dan hentak-hentak loyang sedikit supaya sekata.

6

Gaul chocolate chip atau apa saja bahan kesukaan dengan 1 bahagian butterscotch sauce, tuang rata atas cheesecake.

7

Sejukkan 4-6 jam atau lagi sedap semalaman. Keluarkan dari loyang dan potong jika cheesecake sudah set.