Back to Recipe Print

Recipe for "Pisang Goreng Cheese"


Tips

Sirap coklat tak nak letak pun boleh.

Ingredients

Bahan Goreng
Pisang Tanduk 5 biji
Tepung Gandum 6 sudu besar
Tepung Beras 3 sudu besar
Serbuk Kunyit Sedikit
Telur 1 biji
Butter/mentega 1 sudu kecil
Air -
Garam Secukup rasa
Minyak Masak Secukupnya
Bahan Tambahan
Cheese/keju Cheddar -
Chocolate Rice 1 sudu kecil
Chocolate Syrup/sirap Coklat 1 sudu besar
Susu Pekat Manis 1 sudu besar

Instructions

1

Bancuhkan tepung gandum dan tepung beras bersama air secukupnya.

2

Masukkan telur, sedikit mentega dan juga garam secukup rasa. Selepas tu, masukkan serbuk kunyit sedikit sahaja untuk jadikan pewarna (jika nak).

3

Celupkan pisang ke dalam bancuhan, goreng seperti biasa dan toskan.

4

Letakkan pisang goreng dalam pinggan, parutkan keju cheddar, taburkan coklat rice, sirap coklat dan susu pekat sedikit.

5

Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.