Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kepala Ikan Jenahak Mamak"


Tips

Kalau mahu kuah yang lebih pekat boleh masukkan bawang besar dan bawang putih yg ditumbuk semasa kuah tengah mendidih.Atau masukkan batang daun bawang yang bewarna putih yang di potong 1 inchi untuk aroma .

Ingredients

Kepala Ikan Jenahak 2 ketul
Rempah Kari Ikan Babas 200 gm
Rempah Kari Ikan Adabi 200 gm
Air Asam Jawa Pekat 1 cawan
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 1 labu
Halba Campur 1 sudu makan
Daun Kari 3 batang
Minyak 1 cawan
Bendi 8 batang
Cili Hijau 5 batang
Tomato Sederhana Di Potong 4 2 biji

Instructions

1

Cuci dan bersihkan kepala ikan dan sayur

2

Tuang dan panaskan minyak masak.

3

Tumis bawang besar ,bawang putih , daun kari dan halba campur.Masak sehingga garing.

4

Masukkan rempah kari yang di bancuh dengan air hingga menjadi pes.

5

Masak rempah sehingga garing .

6

Setelah garing masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak.

7

Setelah pecah minyak tambah 1 cawan air. Masukkan kepala ikan .

8

Gaulkan kuah kari dengan kepala ikan hingga sebati . Tetapi elakkan selalu di kacau supaya ikan tidak hancur.Selepas mendidih masuk kan garam.

9

Masukkan bendi , tomato dan cili hijau.Biarkan di atas api selama 1 minit dan tutup api.