Daging (Dipotong Nipis Dan Lebar) | 300gram |
Cili Kisar | 7 sudu besar |
Cili Padi (Diketuk Atau Dipotong Dua) | 10 biji |
Daun Limau Purut | 3 helai |
Serai (Diketuk) | 2 batang |
Tomato | 1 biji |
Lobak Merah (Dipotong Bunga Atau Jejari) | Sebatang |
Bunga Kobis | Suku biji |
Kacang Panjang (Saya Tak Letak) | 5 batang |
Bawang Merah (Hiris Kasar) | 1 biji |
Bawang Putih (Diketuk) | 5 ulas |
Jus Limau Nipis | Secukup rasa |
Sos Ikan | Secukup rasa |
Gula Dan Garam | Secukup rasa |
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan serai dan cili padi serta daging dan masak sehingga daging empuk. Api mesti perlahan kalau tak daging keras
Bila daging dah lembut, masukkan sayur-sayuran tadi. Tambah jus limau, sos ikan, gula dan garam serta daun limau purut.
Tunggu sehingga mendidih
Angkat dan hidangkan. Boleh juga taburkan daun ketumbar jika mahu