Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Patin Masak Asam Pedas"


Tips

1. Sekiranya kurang minyak, tambahkan lagi minyak agar bahan kisar pecah minyak dan menandakan ianya masak dengan elok.
2. Jangan guna serbuk kunyit sebab rasanya tak sedap. Gunakan kunyit hidup.
3. Boleh tambah bahan-bahan tambahan jika suka.

Ingredients

Ikan Patin 1 ekor
Serai 1 batang
Air Asam Jawa 1 sudu asam jawa
Asam Keping 1-2 keping
Daun Kesum 1 cekak
Air 3-4 cawan
Bahan Kisar
Cili Kering 10-15 biji
Bawang Putih 2 biji
Bawang Merah 6 biji
Belacan 1 sudu
Halia 1 inci
Kunyit 1/2 inci
Bahan-Bahan Tambahan
Tomato 1 biji
Bunga Kantan 1 kuntum
Kacang Bendi 4-8 biji
Daun Limau Purut 3-4 helai

Instructions

1

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

2

Kemudian, masukkan serai, air asam jawa, asam keping, daun kesum, air dan ikan patin.

3

Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.

4

Sedia untuk dihidang.