Back to Recipe Print

Recipe for "Lemak Putih Taugeh & Tauhu"


Tips

Rendam taugeh dalam air untuk memudahkan taugeh diasingkan dr kulit kacang yg berwarna hitam kerana kulit yg ringan akan timbul.

Ingredients

Taugeh 2 genggam
Tauhu 3 keping
Bawang Merah Dihiris 2 ulas
Air 2 cawan
Santan Pekat 3/4 cawan
Garam 2 sk
Gula 1/2 sudu besar
Cili Merah Dihiris 1/2 batang

Instructions

1

Buang kulit kacang dalam taugeh & potong tauhu ikut kesukaan.

2

Masukkan air, bawang merah, gula & garam dalam periuk. Masak hingga mendidih.

3

Masukkan tauhu & biarkan mendidih lagi.

4

Masukkan santan pekat, kacau sebati. Masukkan taugeh & masak hingga taugeh layu.

5

Masukkan cili merah, kacau sebentar & tutup api. Bolehlah dihidangkan.