Back to Recipe Print

Recipe for "Stik Daging Batang Pinang Dgn Sos Lada Hitam"


Tips

Ketika daging di atas kuali elakkan dr menekan bahagian tgh dgn sudip kerana dgn menekan daging akan mengeluarkan jus daging tersebut.

Ingredients

Daging Batang Pinang 200 gram
Pea Sprout Segenggam
Sos Tomato 2 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu besar
Kiub Pati Ayam 1 ketul
Air Suam 1 cawan
Lada Hitam 2 sudu besar
Mentega 1 sudu besar
Tepung Gandum 1 sudu besar
Herba Kering Rosemary Sedikit
Garam Secukup rasa
Minyak Masak Sedikit

Instructions

1

Perapkan daging dengan sedikit garam,rosemary dan lada hitam dalam 10 minit.

2

Panaskan kuali dgn sedikit minyak. Panggangkan daging selama 4 minit bg setiap bahagian.

3

Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan mentega ke dalam kuali. Masukkan tepung gandum dan gorengkan sehingga berwarna keperang-perangan.

4

Rendamkan kiub pati ayam ke dalam air suam. Masukkan sedikit ke dalam kuali.

5

Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap ke dalam kuali. Masukkan lebihan air kiub ayam.

6

Masukkan lada hitam. Masak sos dengan api yang besar sehingga pekat.

7

Tutupkan api. Rasa sedikit sos. Jika suka boleh tambahkan sedikit garam.

8

Daging yg siap dipanggang diletakkan di pinggan utk direhatkan. Jika dibiarkan di kuali boleh menjadikan daging mengering kerana haba daripada kuali.

9

Hidangkan stik panggang ini dgn meletakkan pea sprout segar dan curahkan sos lada hitam yang panas di atas daging. Siap!

10

Selamat menjamu selera.