Back to Recipe Print

Recipe for "Murtabak Maggi"


Tips

1. Masukkan banyak hirisan bawang besar kerana rasa bawang itu yang akan mebuatkan ia rasa seperti murtabak.
2. Boleh juga kecilkan saiz murtabak jika rajin. Kalau malas mcm saya sekali goreng sahaja.
3. Pastikan murtabak sudah garing sebelum dibalikkan supaya murtabak tidak patah/lerai.

Ingredients

Mee Segera Maggi Perisa Kari 1 paket
Telur 1 biji
Daging Cincang Secukupnya
Bawang Besar Didadu 1 biji
Daun Bawang Dihiris 1 helai
Cili Merah Dihiris 1/2 batang

Instructions

1

Rendam maggi dalam air panas. Sementara maggi lembut, bolehlah potong bahan2 yg diperlukan.

2

Satukan telur & perencah kari. Pukul sebati. Masukkan bawang, daun bawang & cili. Kacau lagi hingga sebati.

3

Apabila maggi sudah kembang toskan airnya.

4

Masukkan maggi dalam telur & gaul supaya telur meliputi maggi.

5

Panaskan kuali @ non stick pan. Masukkan sedikit minyak & ratakan minyak pada kuali.

6

Tuangkan maggi & bentukkan menjadi bulat menggunakan spatula@sudip. Tekan2 supaya maggi padat. Biarkan sedikit garing.

7

Balikkan & biarkan lagi hingga garing.

8

Angkat & paipkan sos cili. Sedia dihidang.