Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Salmon Kulit Rangup Dan Sos Serai"


Tips

kalau inginkan lebih enak, gunakan ikan salmon segar. Jangan gunakan yang disejukbekukan.

Ingredients

Ikan Salmon 200 gram
Bawang Besar/merah (Dikisar) Seulas
Bawang Putih (Dikisar) 3 ulas
Cili Kering (Dikisar) Mengikut citarasa kepedasan
Serai (Dikisar) 2 batang
Halia (Dikisar) 1 inci
Minyak (Lebih Enak Minyak Zaitun) 3 - 4 sudu makan
Sampingan
Ubi Kentang Sebiji
Brokoli (Sayur Hijau) Mengikut citarasa

Instructions

1

Ikan salmon yang telah dinyahtulangkan, jangan dibuang kulitnya. sapukan dengan serbuk lada sulah, serbuk daun selasih dan garam.

2

Di atas kuali leper, panaskan minyak dan pastikan isipadu minyak tidak melebihi ketinggian ikan (untuk mengelak ikan salmon terendam di dalam minyak).

3

Goreng sehingga masak. saya lebih suka separuh masak kerana rasanya lebih enak. (merah jambu di tengah, merah pudar di luar)

4

Selesai menggoreng, jangan dibuang minyak tadi. tambahkan dalam sesudu minyak, kemudian panaskan.

5

Tumiskan bahas kisar dengan mengikut susunan berikut :

bawang merah, bawang putih, cili, halia, serai

6

Bubuh garam untuk menaikkan rasa.

7

Ubi kentang yang telah dikupas kulitnya di potong mengikut citarasa masing masing. goreng sehingga keperangan.

8

Sayur hijau pula di rebus bersama sedikit garam. seusai ditapis, bubuh serbuk daun selasih dan lada sulah mengikut citarasa.