Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Kayu Lengat Goreng Bawang"


Tips

1. Asam jawa digunakan dengan banyak untuk menjadikan ikan betul2 masam supaya mendapat kesedapan maksima.
2. Ikan lengat tidak perlu digoreng lama kerana sudah masak.

Ingredients

Ikan Kayu Saiz Kecil 2 ekor
Asam Jawa Setengah bunjut
Garam Kasar 1 1/3 sb
Bawang Holland 1 biji
Cili Merah 1 biji

Instructions

1

Basuh bersih ikan & susun ikan di dalam periuk.

2

Ramas asam jawa dgn air & masukkan dalam periuk berserta bijinya. Tambah air sama paras dengan ikan. Tabur garam kasar, tak perlu dikacau.

3

Buka api sederhana, tutup periuk & masak hingga air kering. Tutup api.

4

Panaskan kuali & goreng ikan lengat hingga garing.

5

Masukkan hirisan bawang holland & hirisan cili merah. Goreng hingga bawang & cili layu.

6

Angkat & bolehlah dihidangkan.