Back to Recipe Print

Recipe for "Doraemon Cream Cheese Butter Cake"


Tips

1. Untuk membelah kek gunakan benang bersih. Mudah & cepat.
2. Bakar kek menggunakan api atas & bawah.
3. Untuk mendapatkan buttercream yang 'smooth' ayak gula icing sebanyak 3x.

Ingredients

Bahan Untuk Butter Cream Cheese Cake
Buttercup 170gm
Cream Cheese 125 gm
Gula Castor 1 cawan
Gula Perang 1/2 cawan
Telur 5 biji
Esen Vanila 2 sk
Tepung Gandum 1 3/4 cawan
Baking Powder 1 1/2 sk
Bahan Untuk Buttercream
Buttercup 250gm
Krimwell 125gm
Gula Icing 3/4 cawan
Esen Vanilla 1sk
Pewarna Biru, Merah, Oren & Hitam Secukupnya

Instructions

Cara menyediakan cream cheese butter cake

1

Ayak tepung gandum & baking powder. Asingkan kuning & putih telur. Panaskan ketuhar suhu 170°C.

2

Pukul buttercup & cream cheese hingga kembang & berkrim. Masukkan gula & pukul lagi. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.

3

Masukkan esen vanila & putar lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar hingga sebati.

4

Dalam bekas berasingan pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan garam & pukul lagi hingga telur bertanduk & tidak jatuh bila dituang (meringue).

5

Masukkan 1/3 meringue dalam adunan & kacau perlahan secara kaup balik menggunakan spatula.

6

Masukkan baki meringue & kacau sebati.

7

Griskan loyang 8" dan lapik dengan baking sheet. Tuangkan adunan.

8

Masukkan dalam ketuhar & bakar selama 45-50 minit. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.

Cara menyediakan buttercream

1

Satukan semua bahan & pukul hingga berkrim.

2

Bahagikan kepada 5 bahagian, masukkan perwarna & kacau hingga mendapat warna yg diingini. (hitam, merah & oren diguna sedikit sahaja)

3

Masukkan dalam piping bag dgn nozzle berbentuk bulat. Buttercream hitam, merah & oren tidak menggunakan nozzle, hanya potong hujung piping bag shja.

Cara mendeco kek

1

Belah kek kepada 2 bahagian. Paipkan buttercream & blueberry filling.

2

Letakkan kek diatasnya & lepakan atas & keliling kek dgn buttercream putih. Lukiskan bentuk doraemon.

3

Picitkan buttercream biru mengikut outline yg tlh dilukis.

4

Picitkan warna putih, merah & oren. Akhir sekali baru picitkan buttercream warna hitam.

5

Masukkan dalam peti sejuk supaya buttercream set.