Telur | 4 biji |
Sos Cili | Secukupnya |
Cili Besar | 2 biji |
Bawang Merah | 2 ulas |
Bawang Putih | 2 ulas |
Air | Secukupnya |
Maggi Cukup Rasa | Secukupnya |
Minyak Masak | Secukupnya |
Pertama sekali, rebus telur dan goreng telur rebus tersebut.
Panasakan minyak, dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan sos cili dan Maggi Cukup Rasa dan gaul hingga sebati.
Tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda. Masak kuah sehingga pecah minyak.
Selepas kuah dah pecah minyak, masukkan telur dan gaul sehingga kauh meliputi telur tersebut.
Angkat dan sedia untuk dihidang.