Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Choc Indulgance"


Tips

bt bila ada masa free

Ingredients

Kek Span Coklat
Telur Gred A 4 biji
Gula Halus 180 gm
Tepung Kek 150 gm
Serbuk Koko 20 gm
Air 70 gm
Baking Powder 5 gm ( 1 sudu teh)
Ovellete 15 gm
Minyak Jagung 50 gm
Esen Vanilla ~ Cari Yang Oil Base 1 sudu teh
Resepi Krim Putih
Gula Icing 60 gm
Kuning Telur 2 biji
Mentega Tanpa Garam 120 gram
Gelatin 4 gm
Air 50 ml
Coklat Masakan Putih 100 gm
Krim Tenusu 260 gm
Krim Coklat
Gula Icing 80 gm
Kuning Telur 3 biji
Mentega Tanpa Garam 120 gm
Gelatin 4 gm
Air 50 ml
Coklat Masakkan Gelap 150 gm
Krim Tenusu 300 gm
Ganache Chocolate
Bahan A
Krim Tenusu 250 ml
Sirap Glukos *sirap Glukos Ada Di Jual Di Kedai Jual Bahan Kek 40 gm
Bahan B
Coklat Masakan Gelap 400 gm
Mentega 30 gm
Pes Hazelnut ~ Jika Suka 1 sudu besar

Instructions

Kek Span Coklat

1

Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

2

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu..

3

Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..

4

Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu..

5

Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.

6

Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..

7

Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.

8

Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C.

9

Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit

Resepi Krim Putih

1

Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air. Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu. Pastikan gula icing di ayak terlebih dahulu.

2

Satukan gula icing dan telur. Pukul sebentar dengan hand mixer. Ini untuk menyatukan gula dan telur terlebih dahulu.

3

Kemudian panaskan dengan kaedah kukusan.

4

Pastikan bekas mengisi telur lebih besar dari periuk berisi air di bawah supaya ia tidak bersentuhan dengan air di dalam periuk

5

Adunan akan menjadi pekat dan berkrim.

6

Masukkan gelatin dan putar rata.

7

Sementara itu, di dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan warnanya pucat.

8

Bila dah lembut dan kembang, masukkan krim telur tadi, sambil terus di putar. Masukkan pula coklat putih yang telah di cairkan. Terus putar hgga rata

9

Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental.

10

Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh digunakan lagi.

11

Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi.

12

Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.

13

Masukkan krim di dlm piping bag & simpan di dlm peti ais 1j sebelum ia boleh di gunakan. Lama masa menyimpan bergantung pada kesejukan pti ais anda.

Krim Coklat

1

Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.

2

Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)

3

Masukkan gelatin dan putar lagi

4

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar.

5

Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.

6

Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental..Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja.

7

Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.

8

Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi.

9

Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.

10

Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.

Cara Melapis Kek

1

Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan

2

Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek

3

Letakkan 1/2 bahagian krim putih. Dan ratakan.

4

Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas krim putih

5

Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan

6

Letakkan 1 lapis lagi kek coklat

7

Letakkan baki krim putih dan ratakan

8

Letakkan kek coklat yang terakhir

9

Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.

Ganache Chocolate

1

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk

2

Coklat masakan gelap di cincang halus

3

Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata

4

Masukkan mentega dan gaul sempurna

5

Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.

6

Sejukkan

7

Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.