Back to Recipe Print

Recipe for "Sosej Masak Sos Cili"


Tips

Boleh tambahkan cili padi jika anda suka rasa yang lebih pedas.

Ingredients

Sosej 1 bungkus (12 batang)
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Sos Cili 6 sudu
Sos Tiram 1 sudu
Maggi Cukup Rasa 1 susu kecil
Air Sedikit
Minyak Masak Secukupnya

Instructions

1

Basuh sosej dan potong-potong mengikut kehendak anda. Setelah itu, goreng sosej itu terlebih dahulu.

2

Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.

3

Kemudian, tambahkan sos cili, sos tiram, Maggi cukup rasa dan sedikit air. Gaul hingga sebati.

4

Selepas itu, masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Gaul hingga sebati.

5

Setelah kuah menggelegak, matikan api dan sosej sedia untuk dihidang.