Back to Recipe Print

Recipe for "Chocolate Chip Cookies Ala Famous Amos"


Tips

Untuk mengelakkan doh mencair, lepas doh disudukan dalam dulang, sementara tunggu bislut dibakar, simpan doh dalam peti dulu. bila nak sudukan dalam dulang baru keluarkan semula.

Kekacang dan chocolate chip boleh dipelbagaikan contoh gantikan dgn mashmellow, nutella, serbuk green tea, white chocolate chip, oat atau apa sahaja ikut kegemaran. boleh juga ditambah serbuk koko.

Ingredients

Gula Castor 1 cawan
Gula Perang 1 cawan
Butter 1 cawan
Minyak Masak/jagung 1 cawan
Telor 1 biji
Susu Segar 1 sudu
Tepung Gandum 4 cawan
Tepung Jagung 3 sudu
Cream Of Tartar 1 sk
Baking Soda 1 sk
Hazelnut (Nak Ganti Kcg Lain Mcm Badam, Walnut Etc Pon Bleh)- Tumbuk Kasar 1 cawan
Chocolate Chip 2 cawan
Esen Vanilla 1 sk

Instructions

1

Panaskan oven. ayak tepung gandum, tepung jagung, cream of tartar, dengan baking soda.

2

Pukul gula, gula perang, mentega, minyak, telor, susu dan esen vanilla hingga sebati.

3

Masukkan bahan yang diayak, hazelnut & chocolate chips. kacau sebati.

4

Sudukan 1 sudu kecil diatas dulang pembakar. dulang tak payah gris. sudukan jarak2.

5

Bakar suhu 175C, api atas bawah, selama 10-15 minit. perhatikan selalu takut biskut hangus. buat hingga habis.