Back to Recipe Print

Recipe for "Laksa Sarawak Istimewa"


Tips

Asam keping digunakan untuk menghilangkan bau hanyir campuran air rebusan ayam dan udang. Asam keping tidak boleh direndam terlalu lama didalam kuah kerana akan meybabkan kuah terlalu masam.

Ingredients

Pes Laksa Sarawak
Bawang Merah * 8 biji
Bawang Putih * 4 ulas
Cili Kering * 10-12 tangkai
Lengkuas * 1 inci
Ketumbar 1 sk
Jintan Manis 1 sk
Jintan Putih 1 sk
Buah Keras * 3 biji
Serai * 2-3 batang serai
Belacan Bakar * 1 inci
Kacang Tanah (Digoreng Tanpa Minyak) 1/4 cawan
Bijan (Digoreng Tanpa Minyak) 1/4 cawan
Garam Secukup rasa
Minyak Cukup untuk menumis
Sambal Udang Kering
Bawang Merah (Dikisar) 6 biji
Bawang Putih (Dikisar) 6 ulas
Belacan Bakar 1 inci
Udang Kering (Ditumbuk) Segengam
Cili Kisar 4-5 sudu
Air Asam Jawa 2 sb
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Laksa Sarawak
Perencah Laksa 200 gram
Isi Ayam (Direbus Dan Dicarik) 200 gram
Udang (Direbus) 500 gram
Mihun (Direndam Dan Dicelur) 1 bungkus
Telur (Didadar Dan Dihiris Nipis) 4 biji
Serai 2 batang
Santan 250 ml
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Tauge (Dicelur) Segengam
Daun Ketumbar (Diracik) Segengam
Limau Kasturi (Dibelah Dua) 4 biji

Instructions

Cara membuat pes laksa

1

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda * .

2

Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus.

3

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

4

Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Cara membuat sambal udang kering

1

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

2

Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Cara menyediakan Laksa Sarawak

1

Air rebusan ayam dan udang jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.

2

Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

3

Masukkan mihun ke dlm mangkuk, letakkan bahan2 seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam & telur. Tuangkan kuahnya & perahkan dgn limau kasturi.

4

Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.