Back to Recipe Print

Recipe for "Tart Rosalinda"


Tips

versi pertama Tart Rosalinda

Ingredients

Tepung Gandum 300 gms
Tepung Jagung 4 sudu besar
Gula Ising 3 sudu
Butter 200 gms
Kuning Telor Sahaja 2
Jem Nenas Secukupnya

Instructions

1

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.

2

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

3

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh.

4

1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak.

5

Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.

6

Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak.

7

Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.

8

Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.

9

Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

10

Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.

11

Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.