Nasi | 1 mangkuk |
Bawang Merah | 2 ulas |
Bawang Putih | 2 ulas |
Lobak | 1/2 batang |
Serbuk Lada Hitam | Secukupnya |
Minyak | Secukupnya |
Telur | 1 biji |
Maggi Cukup Rasa | Secukupnya |
Sos Cili | Secukupnya |
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau,
Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. Kemudian, masukkan pula lobak yang telah di potong mengikut kesesuaian masing-masing. Gaul hingga rata.
Selepas itu, masukkan Maggi Cukup Rasa dalam 2 sudu kecil dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau hingga sebati.
Setelah nasi sudah sebati dan masak, angkat nasi goreng tersebut. Kemudian, sedia untuk menggoreng telur dadar.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit Maggi Cukup Rasa dan kacau hingga sebati. Kemudian, goreng telur tersebut.
Setelah telur dadar siap, bungkus kan nasi goreng tersebut dengan telur dadar tersebut. Letak sedikit sos cili di atas nasi goreng pattaya tersebut.