Tepung Gandum | 300 gram |
Yis | 1 1/2 sudu kecil |
Yogurt Natural | 2 sudu besar |
Susu Segar | 80 -100 ml |
Gula | 2 sudu besar |
Garam | Sedikit |
Minyak Masak | 3 sudu besar |
Baking Powder | 1 sudu kecil |
Bahan Lain | |
Cheese Mozarella / Slice Cheese | Secukupnya |
Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi diatas, bakinya nanti masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam.
Kacau biarkan selama 5 minit. (jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang)
Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak.adunkan hingga menjadi seperti serbuk roti
Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung.
Adun sebati lepas tu baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit
Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain lembap..dlm 45 minit)
Bila adunan dah naik bahagikan adunan kepada saiz yg anda suka.Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan2 biarkan seketika dlm 10 minit tutup dgn kain.
Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm kita buat pau).
Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya cheese tadi tak terkeluar.Kalau saya,saya jenis tekan2 je pakai tangan.
Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan.
Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik-balikkan roti tadi...bila da menggelembung leperkan.Siap !