Butter | 230g |
Tepung Gandum | 350g |
Garam Halus | Secubit |
Gula Castor | 1 tsp |
Air Ais | Secukupnya |
Inti Pie | |
Ayam Dipotong Dadu | 1 mangkuk |
Cendawan Dipotong Dadu | 1 cawan |
Serbuk Blackpepper | 1 tbsp |
Sos Life Blackpepper | 1 cawan |
Bawang Besar Dipotong Dadu | 2 biji |
Bawang Putih Cincang | 2 ulas |
Air | 500ml |
Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.
Masukkan butter.
Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi
Kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua. Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie.
Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula.
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.
Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama.
Sapu dgn kuning telur n lorekkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Cara membuat inti
Tumiskan bawang besar dadu dan masukkan bawang putih cincang
Masukkan ayam dan kacau seketika, tuangkan air
Masukkan sos blackpepper, dan serbuk blackpepper, kacau seketika
Setelah itu masukkan mushroom, perasakan dengan garam dan gula
Sedia dimasukkan ke dalam pie
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 min