Ikan Merah | 400 gram |
Bawang Besar | 1 biji |
Bawang Putih | 3 ulas |
Cili Hijau | 2 biji |
Cili Kecil | 10 biji |
Serai | 1 batang |
Serbuk Kunyit | 1 sudu kecil |
Garam | 1 1/2 sudu kecil |
Gula | 3 sudu kecil |
Belacan | 1/2 inci |
Minyak Masak | 4 sudu besar |
Asam Jawa | 1 sudu besar |
Basuh ikan dgn air sehingga bersih. Kemudian perapkan dengan 1 sudu kunyit dan setengah sudu garam sebentar.
Kemudian goreng ikan tadi dengan api sederhana besar. Apabila masak angkat dan toskan ikan tadi.
Selepas itu sediakan pula bahan untuk menumis.
Kisar kesemua bawang besar,bawang putih,cili hijau,cili kecil, serai dan belacan.Masukkan air asam jawa yg telah di bancuh kemudian kisar semua bahan
Panaskan 4 sudu minyak masak. Kemudian tumis bahan yg telah dikisar td ke dalam kuali sehingga pecah minyak.
Apabila sudah pecah minyak masukkan garam, dan gula.kemudian masukkan ikan yg telah di goreng td dan kacau hingga sebati. Angkat dan sedia utk hidang.