Back to Recipe Print

Recipe for "Lemon Chicken Chinese Style"


Tips

Sos lebihkan sedikit manis untuk mendapat rasa yang sedap.
Sos lemon harus di tuang di atas ayam untuk mengelak ianya terlalu kembang kerana tepung jagung akan meresap sos.

Ingredients

Isi Dada Ayam 250 g
Minyak Bijan 1/2 sudu teh
Lada Sulah 1/3 sudu teh
Garam Halus 1/2 sudu teh
Gula Pasir 1/3 sudu teh
Tepung Jagung 100 g
Minyak Untuk Menggoreng 2 cawan
Sos Lemon
Air Masak 400 ml
Sos Plum 1 sudu makan
Hirisan Lemon 4 keping
Madu 2 sudu makan
Garam Halus 1/3 sudu teh
Gula Pasir 1 sudu makan
Tepung Jagung(Untuk Memekat) 2 sudu teh
Air Sejuk(Untuk Bancuhan) 2 sudu makan
Parutan Kulit Lemon 1 sudu teh
Pati Sunquick(Mandarin) 1 1/2 sudu teh

Instructions

1

Gaul sebati ayam, lada sulah, garam, gula dan minyak bijan.

2

Golek ayam ke dalam tepung jagung sehingga habis.

3

Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng ayam sehingga timbul dan kuning.

4

Masukkan ayam yang telah di goreng ke dalam bekas sederhana besar untuk di gaul bersama sos kemudian.

Sos Lemon

1

Masukkan air, sos plum, garam, gula dan madu kedalam periuk.

2

Bila sudah mendidih, kecilkan api.

3

Bancuh tepung jagung dan air terus tuang ke dalam sos.

4

Kacau sebati dan masukkan parutan kulit lemon serta pati sunquick.

5

Sebatikan dan tutup api.

6

Tuang sos ke atas ayam dan gaul rata.