Back to Recipe Print

Recipe for "Chai Masala"


Tips

Kalau tak letak garam pun boleh.Tujuan diletakkan sedikit itu adalah untuk rasa lemak.

Saya menggunakan daun teh Lipton kerana daun teh ini kurang angin berbanding teh BOH.

Ingredients

Air 2 1/2 cawan
Gula Secukup rasa
Susu Cair 1/2 cawan
Bunga Lawang 1 biji
Kayu Manis Suku batang
Cengkih 2 biji
Halia 1 inci
Lada Hitam 3,4 biji
Buah Pelaga 1 biji - diketuk sedikit
Garam. 1/4 sudu kecil
Daun Teh Lipton 2 sudu (sy guna sudu kfc)

Instructions

1

Masukkan air, daun teh, bunga lawang,cengkih, buah pelaga, kayu manis, halia, lada hitam ke dalam periuk.

2

Biarkan sehingga ia mendidih,baru masukkan garam. Dalam seminit, masukkan susu cair dan diikuti gula.Sebatikan.

3

Tutup api, dan tapis teh.

4

Sedia diminum panas-panas..